Tuesday, December 7, 2010

Sengit dan hangit

Terus terang aje aku citer, arini aku rasa keadaan aku agak sedikit berserabut. Tak tau la apa yang tak kenanya tp kepala aku sikit 'berat' maybe sbb smlm kena hujan agaknya. Ada satu perkara yang membuatkan aku runsing dalam 3,4 bulan ni. Bukan runsing biasa tapi runsing luar biasa yg boleh buatkan aku ni gile.

Sebenarnya aku dah letih duduk kat umah tak buat keje menda pon. Pastu badan sakit2, kepala asyik pening, mcm2 lg la. Kalo dibiarkan lelama ni aku boleh gile rasanya. Agak payah keadaan dan situasi aku sekarang ni sbb aku ni orang yang biasanya bersosial masa kat U tp bila dah abis ni aku rasa mcm janggal plak. Kawan2 semuanya dah duk jauh2, kalo ada pon dah kawin da skang ni. Yang aku ni plak keje pon xde yg tetap lagi. Aduuii......boleh migrain la camni!!

Tadi plak aku check result Kpli. Result Kpli ni da kuar 5 hari lepas tp bila aku nk check aje dia jem, tu yg da 5 hari baru dpt buka. Ak sebenarnya dah mcm mls da nk tengok tp aku paksakan jgk diri aku buka web site Kementerian Pendidikkan. Dan mcm yg aku duga dan aku jangka, aku fail utk ke temuduga. Benda ni xde la memeranjatkan aku sbbnya member2 aku yg lain pon xde sorang pon yg sangkut. Diulangi, xde sorang pon yg sangkut!!

Bila aku check2 balik semula, ada lebih kurang 70,000 graduan yg apply Kpli ni. Tmpat yg dia offer plak hanya kurang 5000. So saingan mmg la tersangat la sengit dan hangit. Jangkaan awal aku memang aku xdpt sbb aku sendiri maklum yg aku xberapa ready lagi utk M-Test aritu. Insyallah kali ni aku nk apply lg skali dan cuba sebaik mungkin utk dapat sampai interview. Org kata ada hati semua boleh jadi. Aku yakin dgn diri aku dan aku yakin aku boleh buat. Ak takkan berenti sampai kat sini aje. Aku nk buktikan pd mak bapak, mak2 sedara aku n ex gf aku yg aku ni bukanlah looser. Aku tak mau diorg duk sibuk ketawakan aku. Aku ni org yg ada cita2 dan aku ni ada impian. Aku memang yakin sgt aku boleh dptkan sesuatu yg aku nk tu cume bezanya, lambat ngan cepat aje. Teringat lecturer aku ckp dulu, student2 yg msuk intake Disember ni biasanya ending jadi 'hampeh' berbanding ngan student yg intake Januari, lazimnya diorg akn lebih berdaya saing, berjaya dan maju.

Pape pon skang ni, aku kena rencana balik rancangan aku utk 2011 ni. Xnk ulangi kesilapan yg sama balik. Ak harap cita2 dan impian aku akan termakbul tahun 2011 ni, aminn......

No comments:

Post a Comment