Tuesday, November 16, 2010

positif...positif....

Esok da raye haji, ak ngan abg.Yun n Kak N bertungkus lumus dari pg buat lemang sampai ke petang. Panas nya toksah ckp la, naik pening kepala aku. Sekali-sekala buat aktiviti camni best jugak sebenarnye. Walaupun sikit penat tapi aku suke sebab dapat gerakkan tulang empat kerat aku ni. Bukan ape,semenjak ak tak keje ni, aku dpt rasa yang ak jadik lebih malas. Baru buat keje sikit jek da penat pastu terus nak membuta.. Bila buat keje camni baru le peluh ak banyak kuar...

Selalunya hari2 ak x berapa nak "aktif" sebab aku lebih banyak habiskan masa aku kat dalam bilik jek. Jujur nya aku bukan suka sangat pun duduk kat dalam bilik ni [mcm apa yang diorang sangka la selama ni]. Kak Yati tadi pun ada cakap kat abg.Yun ngan kak N yang ak ni bagus sebab sik duduk kat umah aje. Ceh, dalam hati aku. Kalau bukan disebabkan aku takde duit, kengkawan pun takde kat sini, takde maknanya aku nak terperap jek kat umah... Kalau tengok mase aku stay kat Shah Alam dulu, memang payah la nak jumpa aku duduk kat umah. Kat sana banyak aktiviti boleh buat lagipun dekat ngan galeri, so memang payah la nak jumpe aku bersantai-santai kat umah. Kekadang tu nak tido pon xsmpat.Kat sini jek aku bosan sikit sebab utamanya ialah kawan2 ak xde kat sini, kebanyakkannya kat area Lembah Klang sana. Masa aku keje aritu pun aku banyak duit gak tapi aku still lagi sunyi sebab aku takde kawan.......sunyi betol.

Duit bukan segala-galanya....

Aku sebolehnya nak "bergerak" kuar dari Batu Pahat ni sebab aku nak cuba lari dari zon selesa aku. Aku memang berharap sangat2 aku dapat kuar dari Batu Pahat ni seawal yang boleh. Bukannya aku tak suka duduk kat sini tapi aku rasa aku dah macam lupe perasaan "rindu" tu camne..... Aku memang dah cakap kat Abg.Yun ngan Kak N yang aku nak kuar dari B.Pahat ni sebab ak nak tengok tempat orang lain. Diorang pun stuju ngan hasrat aku cuma skang ni hanya masa dan nasib aje yang menentukan mase depan aku. Aku takmau terlalu berharap nak ke sana atau ke mari sebab aku tau saingan skang memang sengit. Dan aku cuba sebolehnya lalui hidup aku ngan sebaik yang mungkin..........

Aku harap apa yang ak hajat dan impikan selama ni akan jadi kenyataan w/pun mungkin akan amik mase bertahun-tahun untuk merealisasikannya.....Aku tetap yakin ngan diri aku dan aku jugak yakin yang aku boleh buat...."Positive thinker always look at the bright side....."
Bak kata org tua2, "ada hati, semua boleh jadi..." Aku ni orang yang berfikiran positif. Pengalaman banyak mengajar ak ttg hidup. Kita boleh dapat apa yang kita nk sbnarnya cuma kita perlu usaha lebih sikit sambil harapkan yang nasib akan menyebelahi kita. Kadang2 faktor nasib tu pun penting gak. Tapi sape tau nasib masing2 kn? untung sabut timbul, untung batu tenggelam.......

No comments:

Post a Comment