Aku bukannya nak review pasal citer "Aku Tak Bodoh" tapi ape yg aku nk cter iyelah tentang aku yang da tersadai kat umah dekat 4 bulan ni sebab tak keje. Bukan takmau keje tapi aku still lg cari keje yang sedang2 elok untuk aku ni. Takmau la keje 12 jam sehari tapi gaji rm450 sebulan. Aku rasa dah macam unta la plak.
Walaupun belom sampai tahap desperate lg tapi aku makin bimbang pasal fizikal n mental aku yg makin down skang ni. Ak nak kena refresh balik badan ngan otak aku ni. Rasanya dah macam otak aku ni beku semacam jek....
Sebenarnya aku masih lagi yakin ngan diri aku dan aku tak berapa anggap yg diri aku ni bodoh. Bukan nak pandang rendah keupayaan org lain tp kalo diberi peluang skali lagi utk mencuba utk degree, aku yakin masa konvo nanti aku pakai selempang kat bahu aku heh...
Kesilapan aku masa kat degree ialah aku terlalu banyak buat keje ex-gf ak berbanding keje sendiri. Patutnya xleh macam tu. Kengkawan rapat ak sendiri akui yg aku ni rajin n patutnya aku deserve lebih baik drp apa yg aku dpt skang [ms degree aritu]. Tp apa bole buat, benda pon da jadik. Lain la kalo ada time machine boleh gak aku gi mase aku memula masuk degree aritu. Boleh ngurat awek lain keh..keh..
Tak tau la da bape banyak keje aku mohon tp nasib belum lagi berpihak pada aku. Kawan2 lain semuanya semakin jauh tinggalkan aku. Kekadang ak rasa nasib pon mainkan peranan penting bile mintak keje ni. Nak kata aku ni bangang sangat xde la sbb result aku still lg cgpa 3.##. Member aku yg cgpa 2.## pon still bole dapat jadik lecturer, bayangkan jek la. Ak takmau fikir sangat psl hal tu sbb bg ak mungkin tu da rezeki dia so buat ape nak jeles or marah2 kan? Rezeki dia,dia makan dan rezeki aku, aku makan. Aku pon selalu doakan yg baik2 utk member aku dan kalo diorg berjaya nanti aku tumpang la glamor heh.. Skang ni da xde masa nk fikir2 negatif ni. Orang yang selalu fikir positif selalunya lebih berjaya drp mereka yg selalu fikir negatif. Sebab tu skang ni pape pon yg jadik kat atas aku selalu fikir hal2 yg baik aje sambil mengharapkan ad hikmah tentang ap yg berlaku tu...
Dengan umor yg semakin meningkat ni, perasaan risau tu kekadang memang agak sukar untuk dibendung. Harapannya agar ak akan dapat keje secepat yg mungkin. Bila da dapat keje nanti barulah ak plan semula life aku balik samada nk teruskan amik master or kahwin....
Niat aku untuk belajar tak pernah padam. Sebolehnya aku nk jugak amik master. Ak nak try kebolehan aku sampai tahap mana...Aku yakin aku boleh!!

No comments:
Post a Comment